Monday, October 7, 2013

Nikmat.

Tirai malam sudah dilabuhkan,
Jendela pagi masih berkunci,
Aku disini
Penunggu sepi.
Melihat dunia tidur kenyenyakkan.

ZzZzZzZZZzZzz.....

Mentari mula meroket,
Bermula  di Timur ,
Berakhir di Barat,
Kembalilah sang roh yang penat berkelana.
Bingkas bangun,
Lagak si Tuan penanggung dosa,
Dihidupkan kembali oleh PenciptaNYA.




Friday, September 27, 2013

Left Unlocked.

I cant think straight at the moment.Somehow there is  an empty space there left is best unlocked.

This come out at the right time.Read it with heart.Ignore my grammar. You've done the same mistake back then.

Noisy  a place of crowd,
many want to speak,
so i left  the place and walk off to the road,
to find what they don't seek.

lonely soul,where it goes?
i couldn't find,i couldn't feel,
so i put myself where i suppose,
but somehow i still lonely.

A great time will come as planned,
disappoint my dreams,i just don't care,
like sea and sand,
never had a perfect ending.

Sunday, August 25, 2013

Surat Dari Timur

Aku tak mahu menulis kerana apa yang  ditulis bakal mengutuk ku kembali.
Aku tak mahu menulis kerana apa yang  akan ditulis tidak sama yang seperti yang akan diungkap.
Aku tak mahu menulis kerana menulis bukanlah bidang aku.
Aku tak mahu menulis kerana tulisan ku  dikatakan klise dan tipikal.
Aku tak mahu menulis kerana lisanku lebih keras dari tulisanku.
Aku tak mahu menulis kerana khuatir akan penulisanku.


*********************************************************************************

Kau terfikir.......

Jadi  tulisan ini  untuk apa?Persoalan itu ada pada kau sekarang bukan?Jangan nafikan.
Jika benar,

kau lah puncanya.

Tulisan ini untuk KAU.




Saturday, April 27, 2013

Hakikat.


“Berharap pada makhluk akan jadi sia-sia,sebaliknya berharap pada Allah SWT pasti ada ganjarannya”.luah Haris lantas meneguk kopi jantan yang baru dipesan sebentar tadi.Haris (bukan nama sebenar) bukanlah seorang Ustaz,Ulama mahupun seorang Wali.Beliau hanyalah seorang hamba biasa yangmelihat sisi kehidupan pada cermin-cermin kemusnahan yang tidak mungkin dilihat oleh orang lain.Kecerdikan dan keramahan beliau dalam memberikan penjelasan tentang hakikat kehidupan dari aspek maknawi,akhlak dan spiritual umpama suatu pencerahan yang berguna bagi hati-hati dan jiwa-jiwa yang  sedang menghitam dan mengemis untuk disucikan kembali.

Aku yang mendengar ketika itu berasa seperti ditempelak sekuat hati dikepala,disepak-diterajang dan dihempas laju  dipelbagai sudut akibat kejahilan ku sendiri.Aku bagaikan teraba-raba dalam kegelapan,seperti si celik yang membutakan matanya sendiri dan memekakkan telinga kerana tidak menyedari  akan hakikat kehidupan mahkluk agung bernama “Manusia” selama ini.Lantas aku memulakan persoalan.

“Jadi apa gunanya kita berusaha dan bekerja keras,jika segala pergantungan tidak dapat diletakkan pada mahkluk?Apa ertinya kewujudan mahkluk?.”Tanya aku tanda kurang berpuas hati.

Haris terus meneguk kopi jantannya dan membiarkan aku terpinga-pinga menunggu jawapan darinya.“Jadi macamana ni!?”.soal ku sedikit keras.
“Hehehe..sabar Jan,sabar.Harta yang paling berharga dalam dunia ini adalah sifat sabar.”Ujar beliau lembut.Hatiku meronta bergelojak inginkan kepastian.Sebuah persoalan yang selama ini dipandang remeh dan diambil ringan oleh masyarakat kita yang kononnya bijak itu dan ini,mahir itu dan ini,celik itu dan ini malah ada yang mengangap dirinya lebih agung dari Nabi sendiri.GILA.

“Jika dunia ini hanya tinggal kau dan aku,makanan,haiwan, dan tumbuhan semuanya mati,sumber air pula hanya bergantung pada taburan hujan yang tidak menentu.Jika kerap hujan, cukupla untuk membasahkan tekak kita. Jika tiada,Mati Kehausanlah kita menelan air liur tak berkesudahan.Tiba-tiba semua itu hilang sekali gus.Lansung sumber asas kehidupan mati dan yang ada hanya tinggal aku bertulang daging empat kerat pun tak sampai”.Soal Haris sambil membetulkan kaca matanya.

Beliau kelihatan tenang dan mula menyusun beberapa soalan lain.
“Adakah kau mahu memakan ku atau kau membunuh diri?atau kau terus meneruskan hidup tanpa hala tuju dan mati secara tidak sengaja akibat kelaparan?.”Soal Haris mengerut dan menampakkan tompok hitam ditengah-tengah dahinya.
“Mestilah aku teruskan hidup,takkan aku nak makan kau?Gila apa.Mesti ada makanan  kat mana-mana.Mesti ada peninggalan orang-orang lain.Alah kau pun takkan lah nak makan aku kan?hahahhaha.”Jawab aku selamba sambil meneguk teh-o-suam yang tak berapa suam pun.

Haris menyambung lagi.
“Dan tiba-tiba aku pula tiada.Adakah kau akan meneruskan kehidupan atau mati disisi aku dalam kelaparan?.”Tanya haris yang kali ini lebih serius.
Aku hairan akan soalan-soalan Haris ini.Seperti mahu menguji pemikiran ku.Aku cuba mempertikaikan soalan beliau.
“Aku pelik dengan soalan kau ni.Apa kejadahnya aku nak mati disisi kau.Dah macam awek-awek plak.HAHA.”senda ku sengaja mengelak untuk menjawab.
“Aku pergi jela mana-mana yang boleh,cari makanan,apa sahaja aku jumpa aku makan.Darurat kan.”Aku cuba meyakinkan beliau.
Lalu Haris pun  kembali bertanya seperti  lagak seorang polis pencen yang belum berasa puas dengan tugasannya.

"Apa sahaja kau jumpa kau makan?."tanya Haris.,
Yelah.Jawab aku mudah.
"Babi."?
Makan jela.Darurat kan.
Kau sanggup?
Demi kelansungan hidup.Boleh je nak hidup.Kayu pun aku makan kalau ada.


Kalau cam tu kau jangan bawa duit mulai sekarang.kau cuma diberikan parang dan seutas tali.Mulalah memburu  dihutan demi kelangsungan hidup.
Kau gila?buat apa aku nak buat semua tu bila semua dah ada depan mata?kerja sia-sia la tu.
Jadi kau sedar?
Sedar apa?
Disekeliling kau ini adalah nikmat?
Nikmat nikmut ke?
Jangan main-mainlah.
Ya aku sedar.

Haris menyambung.
"Sebentar tadi kau kata boleh hidup ketika zaman darurat demi kelansungan hidup tetapi di zaman serba -serbi ada ini kau tidak mampu mengasingkan diri kau untuk mencari rezeki selain dari sumber-sumber sedia ada?Siapa yang memberikan kau makanan,minuman dan kehidupan?Manusia atau ALLAH?."

"Err….tuhan."Jawap ku tergagap.

"Hehe.klise jawapan kau.Habis, tadi kenapa kau bias dengan ALLAH??Disaat kau dalam kesusahan,ALLAH memberikan apa sahaja kemungkinan untuk kau meneruskan kehidupan melalui kewajaran akal fikiran berfikir memilih yang itu boleh dimakan yang ini tidak.Tetapi dalam kesenangan kau tidak pernah bersyukur dan mengagungkan mahkluk yang memberi dan menyuap kau selama ini."Hujah Haris membetulkan niat hatiku.
Haris menutup diskusi dengan kalimahnya;

“Tangan yang memberi itu lebih mulia dari yang menerima,malangnya yang memberi selalunya tidak menerima apa-apa atas pemberiannya.”
Itulah resam mahluk bergelar “ MANUSIA”.Ulas Haris menyimpulkan 

Aku terpana dan terkedu mendengar kata-kata akhir beliau.Sungguh apa yang dikatakannya itu benar..Semoga kita tergolong dalam golongan yang selalu bersyukur.
Wallahualam.

Saturday, April 20, 2013

HISTORY ONLY REMEMBER WINNERS.

Ini bukan kugiran keberet!
Nampak tak jejaka-jejaka diatas?kalau xnampak memang jodoh lambat!haha.Okay,ni bukan nk cite pasal jodoh ke cinta yang tunggang terbalik bukan!stop!ni nak cite pasal band yang diberi nama PASUKAN ROMANTIS yang menang  Battle of The Band-VersusUMT 2013 semalam.

Band ni diketuai oleh aku.SENANG CITE AKU.Aku 5 dari kiri.Nampak x?fail geografi ke?woi!nampak kan.Aku main Bass semalam.Jadinya bassist Muse "CHRISTOPHER WOLSTENHOLME" dengan aku dah kira cam aku ni DIA.haha.
Yang bersarang tebuan di kepala tu SAKE.Dia salah seorang penulis dalam IWEEP terbitan LEJEN PRESS..Dia tulis apa?entah.dia je faham.Tapi sekilas pandang macam David Arumugam from ALLEYCATS.Bau2 bacin skit kowt.

Dah2 xpyah tengok vokalis tu lama2.haha.Nama dia Supian.Nama timangan EAN.suci ke keji?Terpulang....lah nak pggil apa..ha?! muke jawa?sape?pian?name pun supian.kah kah kah (gelak manusia campur anjing=menganjing).Semalam,dia lah paling hot,awek2 scream,shouting nama dia jela.Low battery phone dia layan tweet budak UMT Semalam.

Manakala yang disebelah kiri hujung sekali itu bernama Bob atau ALIFF.Nama pun kalau xbesar bukan BOB La.Aku xsure dia ni bangsa apa.Cina bukit barangkali.Tetapi permainan dia menjadi malam semalam.(konpom tengah bangga tu) haha.

Akhir sekali,lelaki yang ala2 muke nk ke siam skit jawa pun ada.Dia ni hero gadis2 la.Namanya FAID ADAM.Dia guitar second back-up Sake yang "flop" (katanya walaupun menang semalam).

Maka,ini sahajalah entri pada hari ini.Entri yang akan datang aku akan upload video BATTLE malam semalam okay?

MERCI BIEN.


Monday, March 25, 2013

A choice to be made.

Bahang PRU13da semakin hampir.Jadi aku nk repost skit poem yang aku tulis dulu-dulu.
Menang-Kalah terima dengan hati terbuka.
Bukan buka mulut xhenti2 menyalak xtentu pasal.


He continued to promise,
to the land of peace,
he spread his words about denial and deception,
he knows almost everything,
but yet,he lose control.

to his  disgusted desire and absolute judgement.


offering justice and equality were false phrase,
contradiction created and it  never stops,
claiming  that the truth was lies on his hands,
but,
unfortunately,he threw stones to his own face.
through,
agreeing  in inversion of gender and lust

he existed,
at every broken hearts and false start.

Ignore the grammar.Go fuck NAZI.

Wednesday, March 20, 2013

Seantero


Melapik hasrat demi rasa,
ingin menanggung seorang diri,
Keluh menyambut mengeluh,
mahu dilihat mahu dinampak
biarpun dibaluti usia senja,



lalu dada ditepuk,
resipi ditukar sejurus selera kepingin yang lain.
perut tidak lagi bergendang laju,
bersoraklah ia bergembira si pendatang baru.


Jadi demi rasa,katanya binasa.
ikut hati kita kemana?
bawa hati atau membawa hati?
hati siapa dibawa?
hati dibawa siapa?
hati-hati

berkongsikah kita?tidak.manakan sama.
lagikan bertitik disangka hitam
apatah lagi hitam itu sendiri.

Saturday, March 9, 2013

I am the master of my own dignity


"Oiii..apsal x serang je terus,pikir apa lagi???hamtam sajalah!"pekik Awang Joned.Seorang penganggur.

"Ya,allah...kau selamatkan lah kaum sebangsaku,seagamaku,bukakan lah pintu hati mereka untuk kembali ke berbincang demi kemakmuran bersama".Doa  Menditus Ibrahim Perez mengetuai kaum sedarahnya di Borneo itu.

While at the same time....in London."Like i said,these Malaya has come to end.What a pleasant news!".
Said Sir Moron Jones".

"Are you fucking serious about this?100 Years has not over yet,How possible it may happen in shortest time?"James Crook doubted  his friend statement.

"Look at them.They are so many colors and ideas but  are not blends together.We will be the bowl and it
will be served to our Queens and shall be the most meaningful meal in our history."Replied Sir Moron Jones who turned 80 on March 10.

"When the power of love overcomes the love of power the world will know peace" 

 "If you cant find the seed why'd you burned all those plants?   If you cant spot the wrong why'd you cursed all those people?    i  speak for the "you".   Sirkhan Danial