Saturday, April 27, 2013

Hakikat.


“Berharap pada makhluk akan jadi sia-sia,sebaliknya berharap pada Allah SWT pasti ada ganjarannya”.luah Haris lantas meneguk kopi jantan yang baru dipesan sebentar tadi.Haris (bukan nama sebenar) bukanlah seorang Ustaz,Ulama mahupun seorang Wali.Beliau hanyalah seorang hamba biasa yangmelihat sisi kehidupan pada cermin-cermin kemusnahan yang tidak mungkin dilihat oleh orang lain.Kecerdikan dan keramahan beliau dalam memberikan penjelasan tentang hakikat kehidupan dari aspek maknawi,akhlak dan spiritual umpama suatu pencerahan yang berguna bagi hati-hati dan jiwa-jiwa yang  sedang menghitam dan mengemis untuk disucikan kembali.

Aku yang mendengar ketika itu berasa seperti ditempelak sekuat hati dikepala,disepak-diterajang dan dihempas laju  dipelbagai sudut akibat kejahilan ku sendiri.Aku bagaikan teraba-raba dalam kegelapan,seperti si celik yang membutakan matanya sendiri dan memekakkan telinga kerana tidak menyedari  akan hakikat kehidupan mahkluk agung bernama “Manusia” selama ini.Lantas aku memulakan persoalan.

“Jadi apa gunanya kita berusaha dan bekerja keras,jika segala pergantungan tidak dapat diletakkan pada mahkluk?Apa ertinya kewujudan mahkluk?.”Tanya aku tanda kurang berpuas hati.

Haris terus meneguk kopi jantannya dan membiarkan aku terpinga-pinga menunggu jawapan darinya.“Jadi macamana ni!?”.soal ku sedikit keras.
“Hehehe..sabar Jan,sabar.Harta yang paling berharga dalam dunia ini adalah sifat sabar.”Ujar beliau lembut.Hatiku meronta bergelojak inginkan kepastian.Sebuah persoalan yang selama ini dipandang remeh dan diambil ringan oleh masyarakat kita yang kononnya bijak itu dan ini,mahir itu dan ini,celik itu dan ini malah ada yang mengangap dirinya lebih agung dari Nabi sendiri.GILA.

“Jika dunia ini hanya tinggal kau dan aku,makanan,haiwan, dan tumbuhan semuanya mati,sumber air pula hanya bergantung pada taburan hujan yang tidak menentu.Jika kerap hujan, cukupla untuk membasahkan tekak kita. Jika tiada,Mati Kehausanlah kita menelan air liur tak berkesudahan.Tiba-tiba semua itu hilang sekali gus.Lansung sumber asas kehidupan mati dan yang ada hanya tinggal aku bertulang daging empat kerat pun tak sampai”.Soal Haris sambil membetulkan kaca matanya.

Beliau kelihatan tenang dan mula menyusun beberapa soalan lain.
“Adakah kau mahu memakan ku atau kau membunuh diri?atau kau terus meneruskan hidup tanpa hala tuju dan mati secara tidak sengaja akibat kelaparan?.”Soal Haris mengerut dan menampakkan tompok hitam ditengah-tengah dahinya.
“Mestilah aku teruskan hidup,takkan aku nak makan kau?Gila apa.Mesti ada makanan  kat mana-mana.Mesti ada peninggalan orang-orang lain.Alah kau pun takkan lah nak makan aku kan?hahahhaha.”Jawab aku selamba sambil meneguk teh-o-suam yang tak berapa suam pun.

Haris menyambung lagi.
“Dan tiba-tiba aku pula tiada.Adakah kau akan meneruskan kehidupan atau mati disisi aku dalam kelaparan?.”Tanya haris yang kali ini lebih serius.
Aku hairan akan soalan-soalan Haris ini.Seperti mahu menguji pemikiran ku.Aku cuba mempertikaikan soalan beliau.
“Aku pelik dengan soalan kau ni.Apa kejadahnya aku nak mati disisi kau.Dah macam awek-awek plak.HAHA.”senda ku sengaja mengelak untuk menjawab.
“Aku pergi jela mana-mana yang boleh,cari makanan,apa sahaja aku jumpa aku makan.Darurat kan.”Aku cuba meyakinkan beliau.
Lalu Haris pun  kembali bertanya seperti  lagak seorang polis pencen yang belum berasa puas dengan tugasannya.

"Apa sahaja kau jumpa kau makan?."tanya Haris.,
Yelah.Jawab aku mudah.
"Babi."?
Makan jela.Darurat kan.
Kau sanggup?
Demi kelansungan hidup.Boleh je nak hidup.Kayu pun aku makan kalau ada.


Kalau cam tu kau jangan bawa duit mulai sekarang.kau cuma diberikan parang dan seutas tali.Mulalah memburu  dihutan demi kelangsungan hidup.
Kau gila?buat apa aku nak buat semua tu bila semua dah ada depan mata?kerja sia-sia la tu.
Jadi kau sedar?
Sedar apa?
Disekeliling kau ini adalah nikmat?
Nikmat nikmut ke?
Jangan main-mainlah.
Ya aku sedar.

Haris menyambung.
"Sebentar tadi kau kata boleh hidup ketika zaman darurat demi kelansungan hidup tetapi di zaman serba -serbi ada ini kau tidak mampu mengasingkan diri kau untuk mencari rezeki selain dari sumber-sumber sedia ada?Siapa yang memberikan kau makanan,minuman dan kehidupan?Manusia atau ALLAH?."

"Err….tuhan."Jawap ku tergagap.

"Hehe.klise jawapan kau.Habis, tadi kenapa kau bias dengan ALLAH??Disaat kau dalam kesusahan,ALLAH memberikan apa sahaja kemungkinan untuk kau meneruskan kehidupan melalui kewajaran akal fikiran berfikir memilih yang itu boleh dimakan yang ini tidak.Tetapi dalam kesenangan kau tidak pernah bersyukur dan mengagungkan mahkluk yang memberi dan menyuap kau selama ini."Hujah Haris membetulkan niat hatiku.
Haris menutup diskusi dengan kalimahnya;

“Tangan yang memberi itu lebih mulia dari yang menerima,malangnya yang memberi selalunya tidak menerima apa-apa atas pemberiannya.”
Itulah resam mahluk bergelar “ MANUSIA”.Ulas Haris menyimpulkan 

Aku terpana dan terkedu mendengar kata-kata akhir beliau.Sungguh apa yang dikatakannya itu benar..Semoga kita tergolong dalam golongan yang selalu bersyukur.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

luahkan~luahkan~