Wednesday, March 20, 2013

Seantero


Melapik hasrat demi rasa,
ingin menanggung seorang diri,
Keluh menyambut mengeluh,
mahu dilihat mahu dinampak
biarpun dibaluti usia senja,



lalu dada ditepuk,
resipi ditukar sejurus selera kepingin yang lain.
perut tidak lagi bergendang laju,
bersoraklah ia bergembira si pendatang baru.


Jadi demi rasa,katanya binasa.
ikut hati kita kemana?
bawa hati atau membawa hati?
hati siapa dibawa?
hati dibawa siapa?
hati-hati

berkongsikah kita?tidak.manakan sama.
lagikan bertitik disangka hitam
apatah lagi hitam itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

luahkan~luahkan~