Monday, October 7, 2013

Nikmat.

Tirai malam sudah dilabuhkan,
Jendela pagi masih berkunci,
Aku disini
Penunggu sepi.
Melihat dunia tidur kenyenyakkan.

ZzZzZzZZZzZzz.....

Mentari mula meroket,
Bermula  di Timur ,
Berakhir di Barat,
Kembalilah sang roh yang penat berkelana.
Bingkas bangun,
Lagak si Tuan penanggung dosa,
Dihidupkan kembali oleh PenciptaNYA.




Friday, September 27, 2013

Left Unlocked.

I cant think straight at the moment.Somehow there is  an empty space there left is best unlocked.

This come out at the right time.Read it with heart.Ignore my grammar. You've done the same mistake back then.

Noisy  a place of crowd,
many want to speak,
so i left  the place and walk off to the road,
to find what they don't seek.

lonely soul,where it goes?
i couldn't find,i couldn't feel,
so i put myself where i suppose,
but somehow i still lonely.

A great time will come as planned,
disappoint my dreams,i just don't care,
like sea and sand,
never had a perfect ending.

Sunday, August 25, 2013

Surat Dari Timur

Aku tak mahu menulis kerana apa yang  ditulis bakal mengutuk ku kembali.
Aku tak mahu menulis kerana apa yang  akan ditulis tidak sama yang seperti yang akan diungkap.
Aku tak mahu menulis kerana menulis bukanlah bidang aku.
Aku tak mahu menulis kerana tulisan ku  dikatakan klise dan tipikal.
Aku tak mahu menulis kerana lisanku lebih keras dari tulisanku.
Aku tak mahu menulis kerana khuatir akan penulisanku.


*********************************************************************************

Kau terfikir.......

Jadi  tulisan ini  untuk apa?Persoalan itu ada pada kau sekarang bukan?Jangan nafikan.
Jika benar,

kau lah puncanya.

Tulisan ini untuk KAU.




Saturday, April 27, 2013

Hakikat.


“Berharap pada makhluk akan jadi sia-sia,sebaliknya berharap pada Allah SWT pasti ada ganjarannya”.luah Haris lantas meneguk kopi jantan yang baru dipesan sebentar tadi.Haris (bukan nama sebenar) bukanlah seorang Ustaz,Ulama mahupun seorang Wali.Beliau hanyalah seorang hamba biasa yangmelihat sisi kehidupan pada cermin-cermin kemusnahan yang tidak mungkin dilihat oleh orang lain.Kecerdikan dan keramahan beliau dalam memberikan penjelasan tentang hakikat kehidupan dari aspek maknawi,akhlak dan spiritual umpama suatu pencerahan yang berguna bagi hati-hati dan jiwa-jiwa yang  sedang menghitam dan mengemis untuk disucikan kembali.

Aku yang mendengar ketika itu berasa seperti ditempelak sekuat hati dikepala,disepak-diterajang dan dihempas laju  dipelbagai sudut akibat kejahilan ku sendiri.Aku bagaikan teraba-raba dalam kegelapan,seperti si celik yang membutakan matanya sendiri dan memekakkan telinga kerana tidak menyedari  akan hakikat kehidupan mahkluk agung bernama “Manusia” selama ini.Lantas aku memulakan persoalan.

“Jadi apa gunanya kita berusaha dan bekerja keras,jika segala pergantungan tidak dapat diletakkan pada mahkluk?Apa ertinya kewujudan mahkluk?.”Tanya aku tanda kurang berpuas hati.

Haris terus meneguk kopi jantannya dan membiarkan aku terpinga-pinga menunggu jawapan darinya.“Jadi macamana ni!?”.soal ku sedikit keras.
“Hehehe..sabar Jan,sabar.Harta yang paling berharga dalam dunia ini adalah sifat sabar.”Ujar beliau lembut.Hatiku meronta bergelojak inginkan kepastian.Sebuah persoalan yang selama ini dipandang remeh dan diambil ringan oleh masyarakat kita yang kononnya bijak itu dan ini,mahir itu dan ini,celik itu dan ini malah ada yang mengangap dirinya lebih agung dari Nabi sendiri.GILA.

“Jika dunia ini hanya tinggal kau dan aku,makanan,haiwan, dan tumbuhan semuanya mati,sumber air pula hanya bergantung pada taburan hujan yang tidak menentu.Jika kerap hujan, cukupla untuk membasahkan tekak kita. Jika tiada,Mati Kehausanlah kita menelan air liur tak berkesudahan.Tiba-tiba semua itu hilang sekali gus.Lansung sumber asas kehidupan mati dan yang ada hanya tinggal aku bertulang daging empat kerat pun tak sampai”.Soal Haris sambil membetulkan kaca matanya.

Beliau kelihatan tenang dan mula menyusun beberapa soalan lain.
“Adakah kau mahu memakan ku atau kau membunuh diri?atau kau terus meneruskan hidup tanpa hala tuju dan mati secara tidak sengaja akibat kelaparan?.”Soal Haris mengerut dan menampakkan tompok hitam ditengah-tengah dahinya.
“Mestilah aku teruskan hidup,takkan aku nak makan kau?Gila apa.Mesti ada makanan  kat mana-mana.Mesti ada peninggalan orang-orang lain.Alah kau pun takkan lah nak makan aku kan?hahahhaha.”Jawab aku selamba sambil meneguk teh-o-suam yang tak berapa suam pun.

Haris menyambung lagi.
“Dan tiba-tiba aku pula tiada.Adakah kau akan meneruskan kehidupan atau mati disisi aku dalam kelaparan?.”Tanya haris yang kali ini lebih serius.
Aku hairan akan soalan-soalan Haris ini.Seperti mahu menguji pemikiran ku.Aku cuba mempertikaikan soalan beliau.
“Aku pelik dengan soalan kau ni.Apa kejadahnya aku nak mati disisi kau.Dah macam awek-awek plak.HAHA.”senda ku sengaja mengelak untuk menjawab.
“Aku pergi jela mana-mana yang boleh,cari makanan,apa sahaja aku jumpa aku makan.Darurat kan.”Aku cuba meyakinkan beliau.
Lalu Haris pun  kembali bertanya seperti  lagak seorang polis pencen yang belum berasa puas dengan tugasannya.

"Apa sahaja kau jumpa kau makan?."tanya Haris.,
Yelah.Jawab aku mudah.
"Babi."?
Makan jela.Darurat kan.
Kau sanggup?
Demi kelansungan hidup.Boleh je nak hidup.Kayu pun aku makan kalau ada.


Kalau cam tu kau jangan bawa duit mulai sekarang.kau cuma diberikan parang dan seutas tali.Mulalah memburu  dihutan demi kelangsungan hidup.
Kau gila?buat apa aku nak buat semua tu bila semua dah ada depan mata?kerja sia-sia la tu.
Jadi kau sedar?
Sedar apa?
Disekeliling kau ini adalah nikmat?
Nikmat nikmut ke?
Jangan main-mainlah.
Ya aku sedar.

Haris menyambung.
"Sebentar tadi kau kata boleh hidup ketika zaman darurat demi kelansungan hidup tetapi di zaman serba -serbi ada ini kau tidak mampu mengasingkan diri kau untuk mencari rezeki selain dari sumber-sumber sedia ada?Siapa yang memberikan kau makanan,minuman dan kehidupan?Manusia atau ALLAH?."

"Err….tuhan."Jawap ku tergagap.

"Hehe.klise jawapan kau.Habis, tadi kenapa kau bias dengan ALLAH??Disaat kau dalam kesusahan,ALLAH memberikan apa sahaja kemungkinan untuk kau meneruskan kehidupan melalui kewajaran akal fikiran berfikir memilih yang itu boleh dimakan yang ini tidak.Tetapi dalam kesenangan kau tidak pernah bersyukur dan mengagungkan mahkluk yang memberi dan menyuap kau selama ini."Hujah Haris membetulkan niat hatiku.
Haris menutup diskusi dengan kalimahnya;

“Tangan yang memberi itu lebih mulia dari yang menerima,malangnya yang memberi selalunya tidak menerima apa-apa atas pemberiannya.”
Itulah resam mahluk bergelar “ MANUSIA”.Ulas Haris menyimpulkan 

Aku terpana dan terkedu mendengar kata-kata akhir beliau.Sungguh apa yang dikatakannya itu benar..Semoga kita tergolong dalam golongan yang selalu bersyukur.
Wallahualam.

Saturday, April 20, 2013

HISTORY ONLY REMEMBER WINNERS.

Ini bukan kugiran keberet!
Nampak tak jejaka-jejaka diatas?kalau xnampak memang jodoh lambat!haha.Okay,ni bukan nk cite pasal jodoh ke cinta yang tunggang terbalik bukan!stop!ni nak cite pasal band yang diberi nama PASUKAN ROMANTIS yang menang  Battle of The Band-VersusUMT 2013 semalam.

Band ni diketuai oleh aku.SENANG CITE AKU.Aku 5 dari kiri.Nampak x?fail geografi ke?woi!nampak kan.Aku main Bass semalam.Jadinya bassist Muse "CHRISTOPHER WOLSTENHOLME" dengan aku dah kira cam aku ni DIA.haha.
Yang bersarang tebuan di kepala tu SAKE.Dia salah seorang penulis dalam IWEEP terbitan LEJEN PRESS..Dia tulis apa?entah.dia je faham.Tapi sekilas pandang macam David Arumugam from ALLEYCATS.Bau2 bacin skit kowt.

Dah2 xpyah tengok vokalis tu lama2.haha.Nama dia Supian.Nama timangan EAN.suci ke keji?Terpulang....lah nak pggil apa..ha?! muke jawa?sape?pian?name pun supian.kah kah kah (gelak manusia campur anjing=menganjing).Semalam,dia lah paling hot,awek2 scream,shouting nama dia jela.Low battery phone dia layan tweet budak UMT Semalam.

Manakala yang disebelah kiri hujung sekali itu bernama Bob atau ALIFF.Nama pun kalau xbesar bukan BOB La.Aku xsure dia ni bangsa apa.Cina bukit barangkali.Tetapi permainan dia menjadi malam semalam.(konpom tengah bangga tu) haha.

Akhir sekali,lelaki yang ala2 muke nk ke siam skit jawa pun ada.Dia ni hero gadis2 la.Namanya FAID ADAM.Dia guitar second back-up Sake yang "flop" (katanya walaupun menang semalam).

Maka,ini sahajalah entri pada hari ini.Entri yang akan datang aku akan upload video BATTLE malam semalam okay?

MERCI BIEN.


Monday, March 25, 2013

A choice to be made.

Bahang PRU13da semakin hampir.Jadi aku nk repost skit poem yang aku tulis dulu-dulu.
Menang-Kalah terima dengan hati terbuka.
Bukan buka mulut xhenti2 menyalak xtentu pasal.


He continued to promise,
to the land of peace,
he spread his words about denial and deception,
he knows almost everything,
but yet,he lose control.

to his  disgusted desire and absolute judgement.


offering justice and equality were false phrase,
contradiction created and it  never stops,
claiming  that the truth was lies on his hands,
but,
unfortunately,he threw stones to his own face.
through,
agreeing  in inversion of gender and lust

he existed,
at every broken hearts and false start.

Ignore the grammar.Go fuck NAZI.

Wednesday, March 20, 2013

Seantero


Melapik hasrat demi rasa,
ingin menanggung seorang diri,
Keluh menyambut mengeluh,
mahu dilihat mahu dinampak
biarpun dibaluti usia senja,



lalu dada ditepuk,
resipi ditukar sejurus selera kepingin yang lain.
perut tidak lagi bergendang laju,
bersoraklah ia bergembira si pendatang baru.


Jadi demi rasa,katanya binasa.
ikut hati kita kemana?
bawa hati atau membawa hati?
hati siapa dibawa?
hati dibawa siapa?
hati-hati

berkongsikah kita?tidak.manakan sama.
lagikan bertitik disangka hitam
apatah lagi hitam itu sendiri.

Saturday, March 9, 2013

I am the master of my own dignity


"Oiii..apsal x serang je terus,pikir apa lagi???hamtam sajalah!"pekik Awang Joned.Seorang penganggur.

"Ya,allah...kau selamatkan lah kaum sebangsaku,seagamaku,bukakan lah pintu hati mereka untuk kembali ke berbincang demi kemakmuran bersama".Doa  Menditus Ibrahim Perez mengetuai kaum sedarahnya di Borneo itu.

While at the same time....in London."Like i said,these Malaya has come to end.What a pleasant news!".
Said Sir Moron Jones".

"Are you fucking serious about this?100 Years has not over yet,How possible it may happen in shortest time?"James Crook doubted  his friend statement.

"Look at them.They are so many colors and ideas but  are not blends together.We will be the bowl and it
will be served to our Queens and shall be the most meaningful meal in our history."Replied Sir Moron Jones who turned 80 on March 10.

"When the power of love overcomes the love of power the world will know peace" 

 "If you cant find the seed why'd you burned all those plants?   If you cant spot the wrong why'd you cursed all those people?    i  speak for the "you".   Sirkhan Danial

Friday, June 1, 2012

Starting Line

Some find it easy,
Some never even know,
Forget the things that make you old before your time.
kick all things that make you sick.
no more sadness on unnecessary things.

Seize the day for tomorrow joy,
keep walking,keep watching,
see what surround you,it doesn't meant for you.

We're still young.
The lines are just started.

Friday, January 20, 2012

BUKU AKIDAH

 Di sebuah teratak kampung berbincanglah sepasang pasangan merancang untuk berkahwin.
w=wanita,L=lelaki.

W:Benarkah awk benar2 mencintai saya?
L: Mestilah!
w: Adakah awak terima saya seadanya?
L: depends.
W: aik?Apa nie?Terima tapi bergantung pada?
L: Thoughts and your "COLOR".
W: OH.itu.mudah je.TAPI.saya ada satu permintaan.
L: Apa?
W:Jangan minta saya tukar color.
L:Hmm..maksud awak?
W: Saya berkiblatkan sama dengan awak.Saya Bertuhankan sama dengan awak.Saya ADA kunci syurga sama dengan awak.Iaitu LAILAHAILLALLAH.Kenapa awak masih ingin membeza2kan saya?
awak cinta saya Demi ALLAH atau atau "color" saya??
L:er...

*si wanita berlalu pergi meninggalkan si lelaki yang masih terpinga2 membelek buku agama berwarna jingganya.

END.

Thursday, December 29, 2011

SEMESTER 1

Semester ni aku sangat2 la berbelah bahagi samada mahu meneruskan kos business atau menukar ke bidang sains sosial.
blur2..
memang minat aku dri sekolah menengah lagi nak amik sains sosial...tapi..dapat pula perdagangan antarabangsa.
3 tahun juga la aku belajar.
tapi result cam 2 jugak
hmmm...
aku perlukan jawapan....ahhhhhhhhhhhhhh!







Tuesday, December 6, 2011

YAKIN.

Adakah anda semua mempunyai keyakinan diri?Yakin bahawa setiap yang anda usaha akan membuahkan hasil pada masa akan datang.
bagaimana keyakinan ini dipupuk??

kadang2 kita terfikir sejenak..adakah mampu kita lakukan sesuatu tanpa pengalaman dan pengetahuan yang mendalam dan sering kali gagal mendapatkan maklumat tentangnya.

salah siapa?kita yang degil?malas?

Allah s.w.t sudah menetapkan nasib kita masing2.
kita hanya merancang.
DIA juga merancang.TETAPI!
Rancangan ALLAH lebih baik dri rancangan manusia.
kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI YANG TIDAK DIKETAHUI HAMBA-HAMBANYA.

keyakinan kepada ALLAH akan membuatkan kita tdak alpa dalamm membuat keputusan.

BERDOALAH...INSHALLAH..
DOA KITA DIMAKBULKAN..

AMIN..

Sunday, December 4, 2011

POLITIK?

Apa itu Politik?
Kenapa semua orang nak berpolitik xtentu pasal?dalam hal2 kecil sekalipun???
Lu skong mane?HIJAU KA BIRU KA?ROKET KA?KUNCI KA?MANGGA KA?TEKO?Jadah.

Apa bezanya antara semua diatas?perjuangan?perjuangan apa yg lebih penting dri kekuatan ummah?
masing2 nk tunjuk "we better" tetapi same je hapraknye.
dan ada pula di pihak yang lain bertepuk2 tangan sambil berpoco2 menyaksikan perbalahan sesama seteru yang dua ini(SI BIRU DAN HIJAU)
alahai..bosanla aku dengan permainan politik di Malaysia.

Kepada ektremis2,aku xberminat dengan politik murahan korang.Aku xnk jdi kambing korang mengembek di kandang harimau sambil dengar nyalakkan anjing gagap.




"SELAGI HAK AKU SEBAGAI MELAYU DAN ISLAM TIDAK TERCABAR.SELAGI ITU AKU COOL".

Dan aku xnk jdi  patung boneka kepada si pencipta pentas karut.

Saturday, April 30, 2011

PATHWAYS

I don't think what we've done and been through  is the right way and the best we made.
because i thought that every single and little tiny thing is important me.
and sometimes you've been wrong about what you've ever done.....but have you noticed it?
i can't predict the future,
but i can plans for my future,
which way?
"most people would succeed if they were not troubled with great ambition"

its about the road we choose,the one that can change our future..


Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,


expectation and  good motivation is needed to make a right decision in our challenging life.
it made all the difference.
yes.
it could change your life,wholly
so suddenly, completely,
recovered and meaningful.

Tuesday, April 26, 2011

May the dreams of your past be the reality of your future.



Kita xtahu apa akan jadi pada kita 2-3 tahun dari skarang..entah apa jadi pada hidup kita.Kadang-kadang kita puas merencana segalanya2..
tapi tidak menjadi.kenape??kenapa kita gagal?


“The best thing about the future is that it comes only one day at a time.”


-ABRAHAM LINCOLN.




Adakah sebab kita silap?Kita tak berusaha?kita degil?kita ego?


"We do not see things as they are. We see them as we are"...and.


"Of course there is not formula for success except, perhaps, an unconditional acceptance of life and what it brings"

what should we do to confirm everything's went as we planned.?
ALLAH S.W.T MAHA MENGETAHUI.
apa yang sebaiknya untuk hamba2NYA..

soal teman hidup lak camne?
kowang pasti awek2 kowang skag akan jadi isteri kowang???
kita xkan tahu....macam2 boleh jadi.
jalan terbaik,bertawakal lah,
jangan lakukakn perkara gila..kerana hidup ada tidak bermakna jika siakan pada benda yang xmampu jadi milik kita.
"patah tumbuh hilang berganti".
bersyukurlah.....aku bersyukur kerana dia menyayangi aku seadanya aku!
ya allah...,
aku berharap,dialah teman hidupku suatu hari nanti...
AMIN.....