“Berharap pada makhluk akan jadi
sia-sia,sebaliknya berharap pada Allah SWT pasti ada ganjarannya”.luah Haris lantas meneguk kopi jantan yang baru dipesan sebentar tadi.Haris (bukan nama sebenar) bukanlah seorang Ustaz,Ulama
mahupun seorang Wali.Beliau hanyalah seorang hamba biasa yangmelihat
sisi kehidupan pada cermin-cermin kemusnahan yang tidak mungkin dilihat oleh
orang lain.Kecerdikan dan keramahan beliau dalam memberikan penjelasan tentang
hakikat kehidupan dari aspek maknawi,akhlak dan spiritual umpama suatu pencerahan yang berguna
bagi hati-hati dan jiwa-jiwa yang sedang menghitam dan mengemis untuk disucikan
kembali.
Aku yang mendengar ketika itu berasa
seperti ditempelak sekuat hati dikepala,disepak-diterajang dan dihempas
laju dipelbagai sudut akibat kejahilan
ku sendiri.Aku bagaikan teraba-raba dalam kegelapan,seperti si celik yang
membutakan matanya sendiri dan memekakkan telinga kerana tidak menyedari akan hakikat kehidupan mahkluk agung bernama
“Manusia” selama ini.Lantas aku memulakan persoalan.
“Jadi apa gunanya kita berusaha dan
bekerja keras,jika segala pergantungan tidak dapat diletakkan pada mahkluk?Apa
ertinya kewujudan mahkluk?.”Tanya aku tanda kurang berpuas hati.
Haris terus meneguk kopi jantannya dan
membiarkan aku terpinga-pinga menunggu jawapan darinya.“Jadi macamana ni!?”.soal ku sedikit
keras.
“Hehehe..sabar Jan,sabar.Harta yang
paling berharga dalam dunia ini adalah sifat sabar.”Ujar beliau lembut.Hatiku
meronta bergelojak inginkan kepastian.Sebuah persoalan yang selama ini
dipandang remeh dan diambil ringan oleh masyarakat kita yang kononnya bijak itu
dan ini,mahir itu dan ini,celik itu dan ini malah ada yang mengangap dirinya
lebih agung dari Nabi sendiri.GILA.
“Jika dunia ini hanya tinggal kau dan
aku,makanan,haiwan, dan tumbuhan semuanya mati,sumber air pula hanya bergantung
pada taburan hujan yang tidak menentu.Jika kerap hujan, cukupla untuk
membasahkan tekak kita. Jika tiada,Mati Kehausanlah kita menelan air liur tak
berkesudahan.Tiba-tiba semua itu hilang sekali gus.Lansung sumber asas
kehidupan mati dan yang ada hanya tinggal aku bertulang daging empat kerat pun
tak sampai”.Soal Haris sambil membetulkan kaca matanya.
Beliau kelihatan tenang dan mula
menyusun beberapa soalan lain.
“Adakah kau mahu memakan ku atau kau
membunuh diri?atau kau terus meneruskan hidup tanpa hala tuju dan mati secara
tidak sengaja akibat kelaparan?.”Soal Haris mengerut dan menampakkan tompok
hitam ditengah-tengah dahinya.
“Mestilah aku teruskan hidup,takkan
aku nak makan kau?Gila apa.Mesti ada makanan
kat mana-mana.Mesti ada peninggalan orang-orang lain.Alah kau pun takkan
lah nak makan aku kan?hahahhaha.”Jawab aku selamba sambil meneguk teh-o-suam
yang tak berapa suam pun.
Haris menyambung lagi.
“Dan tiba-tiba aku pula tiada.Adakah
kau akan meneruskan kehidupan atau mati disisi aku dalam kelaparan?.”Tanya haris
yang kali ini lebih serius.
Aku hairan akan soalan-soalan Haris ini.Seperti mahu menguji pemikiran ku.Aku cuba mempertikaikan soalan beliau.
“Aku pelik dengan soalan kau ni.Apa
kejadahnya aku nak mati disisi kau.Dah macam awek-awek plak.HAHA.”senda ku
sengaja mengelak untuk menjawab.
“Aku pergi jela mana-mana yang
boleh,cari makanan,apa sahaja aku jumpa aku makan.Darurat kan.”Aku cuba
meyakinkan beliau.
Lalu Haris pun kembali bertanya seperti lagak seorang polis pencen yang belum berasa puas dengan tugasannya.
"Apa sahaja kau jumpa kau makan?."tanya Haris.,
Yelah.Jawab aku mudah.
"Babi."?
Makan jela.Darurat kan.
Kau sanggup?
Demi kelansungan hidup.Boleh je nak
hidup.Kayu pun aku makan kalau ada.
Kalau cam tu kau jangan bawa duit
mulai sekarang.kau cuma diberikan parang dan seutas tali.Mulalah memburu dihutan demi kelangsungan hidup.
Kau gila?buat apa aku nak buat semua
tu bila semua dah ada depan mata?kerja sia-sia la tu.
Jadi kau sedar?
Sedar apa?
Disekeliling kau ini adalah nikmat?
Nikmat nikmut ke?
Jangan main-mainlah.
Ya aku sedar.
Haris menyambung.
"Sebentar tadi kau kata boleh hidup
ketika zaman darurat demi kelansungan hidup tetapi di zaman serba -serbi ada
ini kau tidak mampu mengasingkan diri kau untuk mencari rezeki selain dari
sumber-sumber sedia ada?Siapa yang memberikan kau makanan,minuman dan
kehidupan?Manusia atau ALLAH?."
"Err….tuhan."Jawap ku tergagap.
"Hehe.klise jawapan kau.Habis, tadi
kenapa kau bias dengan ALLAH??Disaat kau dalam kesusahan,ALLAH memberikan apa
sahaja kemungkinan untuk kau meneruskan kehidupan melalui kewajaran akal
fikiran berfikir memilih yang itu boleh dimakan yang ini tidak.Tetapi dalam
kesenangan kau tidak pernah bersyukur dan mengagungkan mahkluk yang memberi dan
menyuap kau selama ini."Hujah Haris membetulkan niat hatiku.
Haris menutup diskusi dengan
kalimahnya;
“Tangan yang memberi itu lebih mulia
dari yang menerima,malangnya yang memberi selalunya tidak menerima apa-apa atas
pemberiannya.”
Itulah resam mahluk bergelar “
MANUSIA”.Ulas Haris menyimpulkan
Aku terpana dan terkedu mendengar
kata-kata akhir beliau.Sungguh apa yang dikatakannya itu benar..Semoga kita
tergolong dalam golongan yang selalu bersyukur.
Wallahualam.